(1) AIR TERJUN NANGA DONG
INFO BERKAITAN DENGAN AIR TERJUN NANGA DONG:
Air Terjun Nanga Dong terletak berhampiran Rumah Panjang (Tuai Rumah Liban, Nanga Dong). Seperti kebiasaan, kawasan air Terjun Nanga Dong ini akan dipenuhi oleh ramai pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pengunjung dari luar (contohnya: kawasan bandar seperti Sibu, Sarikei, Kuching, Bintulu, Miri dan sebagainya).
Antara tarikan utama kawasan Air Terjun Nanga Dong ini adalah:
– Pemandangannya yang cantik (ini kerana sekitar kawasan Air Terjun ini dikelilingi oleh tumbuhan flora dan fauna alam semulajadi)
– Airnya yang sangat jernih
– Sesuai untuk aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga.
– Kawasan yang sangat bersih