Tarikh : 19 Februari 2019
Masa : 0100 petang – 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 6 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen – komponen asas komputer serta fungsi – fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara – cara menggunakan internet.
Aktiviti
Seperti pada kelas sebelumnya, pelajar diberi petikan ringkas sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Petikan tersebut mengandungi simbol – simbol yang seringkali digunakan di dalam petikan. Pelajar diberi petikan mengikut pemahaman membaca masing – masing. Selain itu, aktiviti pelajar ialah mewarna online.
