Tarikh : 08 April 2019
Masa : 0100 petang – 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen – komponen asas komputer serta fungsi – fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara – cara menggunakan internet.
Aktiviti
Pelajar diberi petikan (surat tidak rasmi) dan juga petikan (cerita kanak – kanak) mengikut tahap pemahaman membaca masing – masing. Petikan tersebut mengandungi simbol – simbol asas yang seringkali digunakan dalam menulis surat dan juga di dalam teks cerita yang mengandungi dialog perbualan. Aktiviti sampingan pelajar selain itu adalah mewarna online dan menggunakan ‘Paint’.
