1. PROGRAM BAZAR RAYA NADI 2026
Tarikh : 14 Mac 2026
Masa : 08.00 pagi – 03.00 petang
Lokasi : NADI Nanga Meluan
Tujuan:
Meningkatkan ekonomi komuniti setempat
Memberi peluang kepada usahawan kecil, peniaga tempatan dan peserta NADI menjana pendapatan melalui jualan produk seperti makanan, pakaian dan kraftangan.
Mempromosikan produk dan kemahiran digital
Membantu peserta NADI mempraktikkan kemahiran ICT seperti pemasaran online, reka poster , dan penggunaan media sosial untuk mempromosikan jualan mereka.
Mengeratkan hubungan komuniti
Menjadi platform pertemuan masyarakat setempat untuk berinteraksi, berkongsi budaya dan menghidupkan suasana kemeriahan menjelang Hari Raya.
Aktiviti: Jualan Bazar Raya, Taklimat Keusahawanan (Preneur & EmpowerHer) & Kidpreneur
2. NADI X KESEDARAN: TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL II
Tarikh : 5 – 6 Mac 2026
Masa : 03.00 petang – 04.00 petang
Lokasi : NADI Nanga Meluan
Tujuan: Taklimat ini bertujuan untuk memperkasa golongan dewasa lebih-lebih lagi ibu bapa dalam melindungi dan membimbing anak dalam dunia digital.
Aktiviti: Peserta focus mendengar taklimat dan aktiviti soal jawab.
3. NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (E-SUKAN)
Tarikh : 27-29 Mac 2026
Masa : 02.00 petang – 03.00 petang
Lokasi : NADI Nanga Meluan
Tujuan:
Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Program Inovatif ini adalah satu Inisiatif untuk mengintegrasikan keseronokan dalam permainan dan penglibatan E-Sukan dengan modul pendidikan untuk memupuk Pemikiran Strategik dan Kemahiran Kendiri disamping membangunkan semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan Jaringan Komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia. -Sumber Home | E-SUKAN
Aktiviti: Peseta mendengar taklimat.