mcmc
Maklumat Pusat Ekonomi Digital Nanga Meluan

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Meluan

KAUNTERNADI

  NADI-Nanga-Meluan-Bilik-Training

SELAMAT DATANG KE

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) NANGA MELUAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Meluan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Di samping, bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka. 

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti Rangkaian Sekolah-Sekolah(SchoolNet), Klinik, Perpustakaan, dan sebagainya ke arah mewujudkan satu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan(Knowledge Community Central). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. 

 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberi tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan yang merangkumi sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

NADI Nanga Meluan menawarkan Latihan ICT secara percuma kepada semua pelanggan yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan-latihan yang disediakan adalah:

  • Pengenalan Asas Komputer & Teknologi Maklumat
  • Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Latihan Keusahawanan
  • Latihan Asas ICT
  • Kelas Digital Learning (E-Tuisyen & E-Learning)
  • Kelas Online NADI
  • Soft Skills
  • STEM/IoT
  • Advokasi Klik Dengan Bijak

 

JUMLAH KEAHLIAN

Jumlah komuniti yang mendaftar menjadi ahli NADI Nanga Meluan : 

KEAHLIAN

JUMLAH

Ahli Lama

944

Ahli Baru 2024  (Januari – Disember)

15

Jumlah Keseluruhan Ahli Terkini

959

 

KENALI PETUGAS NADI NANGA MELUAN

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas.

Petugas NADI Nanga Meluan:

1) Jawatan : Pengurus

    Nama     : Shofia Meni Anak Dadu

    Mula Berkhidmat : 11.10.2019 – kini

2) Jawatan : Penolong Pengurus

    Nama     : Susan May Anak Jang

    Mula Berkhidmat : 25.10.2019 – kini